Tuesday, 2 February 2016

KEISTIMEWAAN OKU DI MALAYSIA


OKU?

MAKSUD
Kehilangan upaya atau ketakdayaan merupakan suatu keadaan yang dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran biasa masyarakat. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan mental. Penggunaan ini dikaitkan dengan model ketakupayaan perubatan, dan bukan model ketakupayan sosial atau hak asasi manusia. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya. Mereka yang mengalami keadaan ini digelar orang kurang upaya (OKU), atau lebih kontroversi, orang cacat atau terencat. Sesetengah orang pula menggunakan istilah orang istimewa.

OKU DI MALAYSIA

WALAUPUN kerajaan menganggarkan terdapat kira-kira 1.3 juta orang kurang upaya (OKU) di negara ini, tetapi setakat ini hanya 233,939 orang sahaja yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon baru-baru ini berkata, statistik itu tidak memberi gambaran sebenar OKU di negara ini.
Jumlah yang rendah ini menyebabkan kerajaan menghadapi sedikit masalah dari segi perancangan dasar membela OKU secara menyeluruh.
Kementerian telahpun menubuhkan Majlis Kebangsaan Orang Kurang Upaya yang dipengerusikan Menteri berkenaan, Datuk Dr. Ng Yen Yen bagi menyelia, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar negara yang berkaitan OKU terutama Akta Orang Kurang Upaya yang diwartakan 7 Ogos tahun lepas.
Mungkin kesedaran masih kurang dalam kalangan OKU dan anggota keluarga mereka mengenai hak dan keistimewaan yang boleh mereka dapatkan dari segi kemudahan kesihatan, pelajaran, penerangan, komunikasi dan teknologi, aktiviti bersukan, riadah dan kebudayaan.
Sebenarnya, bagi setiap OKU yang ingin memperoleh kemudahan dan bantuan yang disediakan JKM, agensi-agensi kerajaan atau swasta, mereka hanya dikehendaki mendaftar untuk mendapatkan Kad Kenal Diri OKU sebagai satu perakuan yang sah bahawa mereka memang orang kurang upaya.


         





KEMUDAHAN/KEISTIMEWAAN UNTUK OKU (KERAKYATAN MALAYSIA SAHAJA)
1. Kemudahan Pendidikan
Elaun RM150 sebulan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah
Elaun RM300 bagi pelajar IPT
Pengecualian bayaran pendaftaran pelajar pekak bagi latihan kemahiran kementerian pelajaran
OUM ; Potongan 75% yuran pengajian
2. Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan di Hospital Kerajaan
Bayaran wad Kelas 3
Bayaran Pakar
Bayaran Ubat
3. Pelepasan Cukai Pendapatan
Pelepasan cukai sebanyak RM5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKU
Pelepasan cukai tambahan RM6000 kepada OKU dan RM3500 kepada pasangan yg OKU
Pelepasan cukai sehinggah RM5000 bagi membeli alat - alat khas OKU
Pelepasan cukai tambahan RM4000 untuk anak OKU yg mengikuti kursus di IPT
4. Pengecualian Cukai Jalan; Dengan Syarat;
Kereta, van dan motosikal nasional sahaja
Berdaftar dengan JKM
Pengecualian kepada pemohon sahaja
Sebuah kenderaan dalam satu masa
Memiliki lesen memandu yang sah
5. Kemudahan Pengangkutan
Tambang konsesi 50% - KTMB, Transnasional, Rapid KL, Penerbangan Malaysia (MAS)
6. Pengecualian Bayaran
Dokumen Perjalanan
Kad Pengenalan
7. Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan
Bagi semua peralatan direka khas untuk kegunaan OKU seperti kerusi roda, alat pendengaran dll.
8. Jagaan dan Pemulihan di Institusi
Taman Didikan Kanak - kanak Kurang Upaya (TDKKU) ; Sembulan, Tawau & Sandakan di Sabah.
Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis (KPIKU) ; Pusat Khidmat Kanak-kanak Kurang Upaya dan Pusat Latihan Vokasional OKU.
9. Tele-Komunikasi (Telekom Berhad)
Bayaran sewa bulanan dikecualikan
Panggilan menunggu atau indaan secara percuma
Panggilan 103 operator tidak dikenakan caj.
10.kemudahan asas.
kemudahan tandas yang bersesuaian untuk kegunaan mereka
tempat duduk khas yang ditawarkan di pengangkutan awam seperi bas dan kereta api
11.Kemudahan mencari pekerjaan.
Kementerian Sumber Manusia Malaysia menarwarkan peluang mendaftar mencari pekerjaan khusus bagi golongan OKU, yang diletakkan di lamannya.



TOKOH OKU
  • Albert Einstein - masalah pertuturan dan juga seorang pelajar yang lembab serta lambat                                       memahami bahasa.
  • Thomas Alva Edison - cacat pendengaran apabila diserang demam cacar ketika kecil.
  • Stephen Hawking - lumpuh hampir seluruh badan akibat sejenis penyakit neuron motor.








No comments:

Post a Comment